Tuesday 11 October 2016

Tanda Masalah Penyakit Resdung

Resdung atau sinusitis merupakan antara penyakit yang biasa ditemui dalam kalangan masyarakat dalam negara kita. Masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dalam kalangan kita yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatanyang sepatutnya.

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radang pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi punca resdung ialah:


  • Streptococcus
  • Staphylococcus



rawatan resdung




Sinusitis(resdung) merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus.

Oleh yang demikian ia akan dipenuhi rembesan. Biasanya 'penyapu-penyapu' kecil dalam sinus yang di panggil silia akan menolok mukus keluar daripada sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan beraku pada fungsi silia atau bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat sinusitis.

Kebiasaannya, Sinusitis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria akan berakhir dalam masa beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis Akut.

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah keradangan sinus yang berlaku berterusan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan sehingga lebih tiga bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinusitis Akut tetapi Sinusitis Kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan buta.

Kebiasaanya, penghidap resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yg kronik, batuk, gatal-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Resdung merupakan penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil dipanggil sinus.


Tanda-tanda umum penghidap resdung

  • Hidung tersumbat dan berbau busuk
  • Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
  • Kerap bersin terutama di kawasan antara mata
  • Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Kerap sakit kepala atau migrain


Tanda-tanda ini muncul secara berulang-ulang terutamanya di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencaluk dan sebagainya.

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh menyebabkan beberapa komplikasi dan kesan buruk. Antaranya ialah jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata dan selesema yang berpanjangan. Apabila saluran dalaman muka sudah ditutupi dengan banyak, mukus berkumpul sehingga pengaliran udara ke mata terganggu. Ini akan membuatkan mukus yang bertukar menjadi nanah di pam ke mata. Mata aka mula terasa amat berat dan letih.

Pesakit yang tidak menerima rawatan secukupnya berisiko untuk mendapat jangkitan otak. Amat berbahaya jika merebak ke bahagian otak kerana kuman-kuman resdung itu akan bercampur aduk dengan bakteria serta organisma di bahagian sana ( yg asalnya tidak berupaya mencipta penyakit kritikal ). Pesakit juga mungkin mengalami sakit tekak yang kronik, alahan hidung atau hidung sensitif.

Bagi perokok pula, tabiat ini hanya membantu kuman resdung berkenaan melarat lebih jauh melalui nikotin yang disedut. Nikotin mempunyai kandungan unutk membunuh sel sedikit demi sedikit. Akibatnya, deria hidung menjadi sensitif dengan habuk, bau dan sentuhan.

Tanpa rawatan yang sepatutnya, pesakit resdung juga berkemungkinan mengalami batuk berkahak seperti lendir. Mereka akan berasa seperti ada habuk di kerongkong dan gatal. Batuk keras adalah petanda kuman-kuman ini sedang membaluti kawasan kerongkong dan sel-sel tekak pula menjadi luka. Penyelesaian yang diambil selalunya meminum ubat batuk.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Di antara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelemumur yang berterusan walaupun pelbagai syampu dan ubat telah digunakan.


Nak cuba Set Resdung Shaklee ??



HUBUNGI SAYA SEKARANG,

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : SEKITAR IPOH & SELAMA PERAK

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE